Welcome to Aliah's blog | Dashboard | +Follow
//Wonderful Pink
Bonjour!



Hello readers , my name is Aliah . welcome to my blog. This is my online diary , the story of my life. Be nice here . No haters please .


Travel this

Story About Links Stuff


Tagboard
be nice here ,
leave a message !


Credits Section


Template By MiaDamia
Inspiration By Lettha
Image by
❤Still waiting❤ ; cerpen
Friday 31 October 2014 | 13:34 | 0 Love
"Still waiting?Hahahaha" gelinya hati Anis baca bio kawannya Shahrul. Berdekah dia ketawa dengan ayat yang diletakkan shahrul di biodatanya di twitter. Ya Anis tahu siapa yang Shahrul ini masih tunggukan tapi bukannya Shahrul tidak ketahui bahawa gadis yang dia tunggukan itu tak sukakannya lagi malah menyampah tetapi kuatnya si Shahrul masih menunggu walaupun dihina dicaci.

"Apa yang kau ketawakan tu Anis?" Tanya sahabatnya Ain, ya si Ain nilah yang si Shahrul tunggukan selama ini. Sememangnya pada tingkatan 3 mereka bercinta tapi pada Ain ia hanyalah kesilapan dan tidak pula bagi Shahrul, dia masih mengginginkan peluang untuk bersama dengan Ain kembali.  Apa lagi yang dikejutkan bila si Ain menjadi satu kelas bersama dengan Anis serta Shahrul di tingkatan4 dan kini ditingkatan5 masih lagi sekelas. "Takda apa lah Anis, ni hah Shahrul tak habis-habis dengan still waiting dia. Haih entah bila nak move on aku pun taktahu lah.." balas Anis kepada Ain yang sedari tadi membelek buku-buku rujukan nak spm. "Biarlah dia Anis, takda siapa memaksa dia waiting,dia yang siksa diri sendiri.."tanpa berperasaan Ain menjawab dan terus mengulangkaji pelajaran."Dah Anis belajar cepat, SPM nak dekat?" sergah Ain apabila sedari Anis hanya menyepi sendiri. Anis tersengih tetapi sedikit kecewa dengan sikap rakannya dan simpati akan Shahrul. Dia mengeluh lalu meneruskan pembelajarannya bersama Ain.

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\


*kringg....kringggg...kringgg*
lonceng sekolah berbunyi menandakan habis waktu rehat, Ain dan Anis berjalan bersama untuk ke makmal sains, walaupun guru sains tidak menghadirkan diri mereka tetap dikehendaki duduk di makmal dan mengulangkaji pelajaran dengan membuat soalan-soalan lepas yang pasti akan diedarkan oleh Intan, ahli jawatankuasa sains kelas.

Satu meja akan duduki oleh 6 orang pelajar, meja Anis dihuni oleh Anis, Shahrul, Syaril, Alif, Akma dan Ain. Ya ketika dimakmal lah peluang untuk Shahrul lebih rapat dengan Ain tapi seperti biasalah Shahrul akan mendapat layanan yang dingin dari Ain. "Ain, tahu tak nak buat ni macam mana?"tanya Shahrul kepada Ain yang duduk didepannya. Ain memandang wajah Shahrul lalu melihat pula ke arah kertas, tanpa sepatah kata dengan hanya gelengan kepala menandakan Ain tidak tahu akan apa yang ditanya oleh Shahrul lalu Ain bangun dari kerusi dan menuju ke meja rakan yang lain. Shahrul terkapai-kapai.

Anis tergamam melihat tingkah Ain, walaupun ini bukan yang pertama kali tapi sesungguhnya bagi Anis perbuatan Ain terhadap Shahrul melampau. Anis mengambil tempat kosong yang ditinggalkan Ain tadi. Berdepan dengan Shahrul. Menatap wajah sayu itu. Ada satu perasaan mengalir tetapi ditolak tepi oleh Anis. "Hoi mat, dah dahlah still waiting kau tu Shahrul. Kesian aku tengok. Baik fokus dekat Spm ni hah, mana soalan kau tak tahu tadi sini aku cuba.." Anis menegur dengan lagak serta gurauan biasa.

"Hish kau ni Anis, tak habis-habis kau aje yang ada depan mata, kalau Ain takpelah juga." Shahrul berkata kepada Anis dengan niat hanya bergurau tetapi Anis kaku berdiam diri, sedih dengan kenyataan yang diberi, entah kenapa Anis pun taktahu. Shahrul pelik bila tiada balasan kata dari Anis kepadanya. 'Lahai Anis terasa ke dengan aku? Ish takkanlah, aku bergurau je hm..' fikir Shahrul seorang diri.

"Anis, kau sentap ke do?"

"Hish takdelah, haha nak sentap dengan kau apahal lak? bukan boyprend aku. hish." Anis tersedar dan membalas pertanyaan Shahrul dengan memimikkan riak wajah yang gembira sedangkan hati sungguh bergelora.

"Haish pesal pulak bukan? Aku memang boyprend kau pun kan,," Balas Shahrul sambil meneruskan membuat latihan.

Anis tergamam, tertanya apa maksud Shahrul. "Hah weh? Apa maksud kau? Ish sejak bila pulak ni?"

Shahrul senyum dan membalas pertanyaan Anis. "Sejak dari tingkatan satu lagi weh,"

"Kau biar betul? Eh mana ada! Tak pernah declare pun. Bengong ke otak kau?" Balas Anis sedikit geram kerana ini melibatkan perasaannya. Dia tidak mahu tersakiti walaupun memang sakit.


"Eh kau ni ngok lah, boyprend tu kan teman lelaki, aku kan dengan budak lelaki kelas ni kau punya boyprends, ish tapi bukanlah istimewa." Shahrul membalas sambil menggelengkan kepala. Pelik dengan kebingunggan Anis. Tersentak sedikit Anis dengan pernyataan Shahrul. Bukan istimewa. Ya cinta. Anis pelik dngn perasaan hatinya kini yang seolah-olah mengharapkan Shahrul. Dia membalas dengan senyuman kayu "OH itu ke maksud kau? Okay aku faham. Hahaha dah siap ke weh? Nak pinjam."

Alasan meminjam hanya untuk menukarkan topik yang sedang dibicarakan tetapi Shahrul menanyakan sesuatu..."Anis, Ain tu memang taknak kat aku lagi ke? Dah nak 2 tahun aku tunggu dia. Hish bermacam aku buat tapi dia tak reti nak balas apa pun hurm." luah Shahrul kepada Anis tetapi masih menatapi kertas latihannya. Dia meluah tanpa pandang sekelilling.

"Aku ni taknak dekat kau sebab aku tak cinta, tak suka, tak sayangkan kau Shahrul. Cukuplah dengan waiting kau tu, aku tak hadap. Kau move on jelah, aku nak fokus dekat SPM yang lagi berapa hari je lagi.. Kau takpayah siksa diri dan perasaan kau lagi, malah aku dah pun declare couple dengan Daniel, aku sukakan dia dan sayangkan dia. Aku taknak perasaan bodoh kau ni hancurkan segalanya tentang aku dengan Daniel. Tolonglah blah dari life aku, i need a space for get a happiness without you." Tanpa menyangka, Ain yang membalas pertanyaan Shahrul, semua terdiam, termasuklah aku dan Shahrul. Tanpa Ain menunggu balasan dari Shahrul, Ain terus berjalan keluar dari makmal. Tergamam. Anis sedih dengan sikap kawannya, malah mengenai Daniel juga dia tak ketahui. Apa yang pasti bagi Anis, Ain sngat melampau, Shahrul telah dimalukan teruk olehnya.

Melihat air muka Shahrul, Anis tahu dia sedih, bukannya dia tidak kacak, cuma dia yang terlalu baik membuatkan ramai memijak-mijaknya. "Shahrul , aku tak sangka, aku pun taktahu pasa Daniel, Shahrul maafkan ak..." Anis terputus kata apabila Shahrul berdiri dan berjalan pergi. Anis buntu. Anis turut bangun keluar dari makmal mencari Ain dan kelihatan Ain di bangku kios sedang membuat latihan. Anis duduk berhadapan dengan Ain, belum sempat Anis membuka mulut, Ain memintas laju, "Kalau kau nak cakap pasal Shahrul, aku taknak dengar." Anis sedikit berang dengan kesombongan Ain.
"Aku tahu aku takde hak nak tentukan perasaan orang tapi apa yang kau buat dekat Shahrul sangatlah memalukan dia. At least kau boleh guna wechat atau whatsapp bagitahu dia, luahkan apa yang kau cakap tadi tapi  ni depan budak kelas kita, seramai 41 orang dengarnya, kau takkan faham apa yang dia rasa Ain. Aku kecewa.. Kau makin sombong. Bercakap tanpa pedulikan orang lain." Anis tetap bercakap dengan Ain meluahkan kekecewaanya dan bangun untuk berlalu pergi tinggalkan Ain.

"Weh kejap.." Tangan Anis dipegang Ain, menghalang Anis dari pergi. "Aku minta maaf." Luah Ain, Anis membatu. "Aku menye.." Belum sempat dihabiskan ayat, Anis memotong "Bukan dekat aku tetapi dekat Shahrul." Anis pergi meninggalkan Ain sendiri.

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Seminggu sudah pun berlalu semenjak kejadian haritu hubungan Ain dengan Anis tidak sebaik dulu, Anis memencilkan diri, Shahrul dan Ain kelihatan agak mesra, entah apa yang terjadi Anis tak pasti. Walaupun Ain dan Shahrul cuba mendekatinya, dia melarikan diri, kini Anis pasti dia cintakan Shahrul, Malah kerana hal itu dia menjauhkan diri.Apapun, semalam masjlis restu ilmu buat pelajar spm berjalan dengan lancar. Guru-guru dan murid-murid saling memohon maaf, begitu juga dengan Ain dan Anis, mereka bermaafan tetapi jurang antara mereka masih kelihatan. "Hi Anis,selamat berjaya jawab spm nanti ya? Aku doakan kau." tegur Shahrul. Anis tak sempat melarikan diri. Berlagak seperti biasa. "Hahaha yelah Shahrul, aku doakan kau dengan Ain juga ya? Heheh kan Ain. Goodluck tau," Anis membalas dengan riak gembira berserta dengan gelak ketawa. "Doalah juga habis Spm kitaorang kahwin kan Ain? hahahaha." Anis sedikit terkejut dengan balasan Shahrul. Dia melihat riak Ain dan Aim ketawa seperti tiada apa yang berlaku dan dia sukakannya. 'ya Allah mereka dah berbaik semula ke? Kenapa aku tak mampu senyum gembira, duhai hati sabarlah. Kalau ianya realiti, tabahlah hadapi jika ia mimpi akan aku gubah menjadi lain.' Anis bicara dalam hati sendiri. "Wahh ada apa-apa ke ni? Amboi Ain tak bagitahu pun? Hahah." pertanyaan ingin tahu dan senyuman palsu dipaparkan oleh Anis. "Hahaha takde apalah, nantilah tunggu lepas habis SPM aku cerita, sekarang jom pergi study." balas Ain yang bergelak tawa tukaran pandangan bersama dengan Shahrul. 'Sahlah mereka...hmm sabarlah hati," 

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

"FREEDOM!"
"MERDEKA!"
 "YEAYYYY!"
Riuh suasana sekolah menengah dengan teriakan kebebasan dari alam persekolahan oleh murid-murid yang baru sahaja habis menduduki kertas spm yang terakhir. Guru-guru memandang gembira akan semua anak muridnya yang telah habis berpenat lelah menghadapi peperiksaan yang bermakna ini.

Anis, Ain dan Shahrul juga meraikan kebebasan ini. Habis sesi persekolahan mereka keluar bersama menonton wayang dan minum bersama. Banyak gelak ketawa diantara mereka tetapi tiada siapa yang tahu hati Anis yang terluka melihat kemesraan diantara Ain dan Shahrul. Anis terleka, monolog sendiri 'Sahlah aku jatuh cinta dan terluka...' 

Ain dan Anis menunggu bas untuk pulang ke rumah di perhentian bas pusat membeli belah itu, manakala Shahrul telah pun pulang menaiki motosikalnya. Shahrul diminta pulang awal oleh ibu bapanya kerana dia akan ke rumah saudaranya. Anis mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan Ain tentang apa yang berlaku diantara dia dan Shahrul.

"Ainn...aku nak tanya,,"

"Haha takpayah lah tanya, aku dah tahu."balas Ain dengan senyuman bahagia.

"Hah? Tahu?" Anis kelihatan bingung.

"Ye tahulah, kau nak tahukan macam mana aku dengan Shahrul boleh rapat?kann? haha"

"Ha'ah, aku pelik macam mana.."belum sempat habis Anis bicara Ain memotong menerangkan segalanya... "Sebenarnya masa selepas kau blah tinggalkan aku merajuk dengan perangai aku, aku sedar sikap aku melampau sangat. Aku berchat minta maaf dengan Shahrul dan jadi kawan semula. Tapi aku tak sangka dalam seminggu aku berchat, berborak dengan dia, aku .. hahaha betullah orang kata dalam satu saat pun boleh in love." Jelas Ain. "Jadi maknanya kau dengan Shahrul dah bercinta semula? Wah." 

"Ha.ah weh, hehe dia sweet sangat, aku memang in love dengan dia, hes changed a lot dear. i love him." luah Ain berperasaan gembira. Sungguh Anis tahu Ain memang bergembira tetapi dia tidak, perasaannya. "tapi kau kan dengan Daniel?!" tanya Anis sedikit melenting. "Eh kau kenapa janganlah marah, Daniel tu alasan aku je masa itu, aku dah jelaskan dekat Shahrul dan dia terima tapi kenapa kau macam tak suka je?" Ain sedikit tersentak. "Eh aku suka, lagipun itu yang Shahrul nak, kau jangan kecewakan dia lagi, baguslah dia dah tak still waiting.." biacara Anis terhenti dan menyambung dalam hati 'tapi aku pula yang waiting.takpelah asalkan kau orang dua bahagia aku juga turut serta kebahagiaan tu' Ain tergelak dengan nasihat Anis yang suruhnya menjaga Shahrul dengan baik. "Ye aku tahu kau sayangkan dia, jangan risau aku jaga leklok ye Anis ku sayang? Hhahaha. Dahlah hah tu bas, jomlah."

'bukan sekadar sayang, malah cinta juga Ain...' Anis berbicara di dalam hati. Dia menggikuti pergerakan Ain menuju ke bas yang sepatutnya.

 Ain kini bahagia dalam perhubungannya dengan Shahrul tetapi Anis yang masih ada sedikit kekecewaan masih lagi mampu teruskan kehidupan harian seperti biasa. Mereka bertiga masih lagi bersahabat.

"Haih nak tukar bio kat twitter aku lah..." Anis bicara sendiri. Menekan butang edit profile dan mengupdatekan bio nya yang kini tertulis "I'm still waiting for the Mr.Right."  Anis tergelak sendiri melihat bionya tapi dia membiarkan dan savedkannya. Teruskan kehidupan itulah yang pasti.


Kala aku patah hati, aku bersendiri,
Menghadap ilahi meluahkan isi hati serta menangisi,
Pen juga aku genggami,
Coretkan apa yang ada dalam hati,
Tenangnya diri hanya dengan hadapi ilahi serta sebatang pen yang melayani diri,
Teguh bersandar diri pada ini; 
Hustle and Faith


Do follow me on:
twitter; AliahSabjan_
Instagram; n.urliah 
 sorry for the mistake, still studyin :)


Mimpi (cerpen)
| 05:32 | 0 Love
 "Aku kat mana ni? ya Allah, kenapa aku berseorangan disini? Mana keluarga aku, ya Allah aku dekat mana ni? Bantulah aku ya Allah, bantulah.." Tiada daya yang di hembus, jeritan Azrai tak didengari, tiada siapa ketahui, jeritan yang sia-sia tidak akan kemana, hanya bergema di ruangan yang gelap dan sepi ini. Berseorangan diri.

Azrai tidak mendiamkan diri menyepi kerana dia ketahui masalahnya tidak akan selesai jika dia hanya berdiri meratapi di dalam kegelapan ni. Dia bangun dan berlari mencari arah yang patut dia tuju, arah yang benar boleh mengeluarkan dia dari sini. Dalam tangisan kegelapan dia berjalan mencari arah untuk pulang. Dia buntu. Namun demikian, kelihatan satu cahaya di sudut jauh 10langkah dari tempat dia berdiri kini.

"Cahaya!!" teriak Azrai. "Inikah cahaya yang akan bawa aku pulang? Inikah cahaya yang kau berikan padaku ya tuhan?" tanya Akmal sendiri. Kini dia mendekati cahaya yang berkelip-kelip itu. Dalam perjalanan dia untuk ke cahaya itu , ada suara yang mengatakan "Ya, dekatilah kau kepada cahaya itu, musnahlah hidup kau. Ya pergilah."

Langkah Azrai terhenti. Gerun mendengar suara yang garau itu. Dia mencari sekeliling mana datang nya suara itu, tetapi tiada. Dia terfikir sejenak makna yang diperkatakan oleh suara itu. Dia kini berdiri dihadapan cahaya yang tadi dia pasti cahaya ini akan bawanya ke syurga malah kini dia berasa was-was akibat suara jelmaan tadi. "Aku berilusikah??"Tanya Azrai. "Itulah cahaya yang akan membawa kau ke dunia kau yang sebenar. Neraka jahanam tempat kamu. Rakan-rakan segolong denganmu sedang menunggu. Pergilah. Masuklah?" berdesing di telinga Azrai dengan suara garau itu lagi. Azrai membalas dengan berani. "Kenapa dunia aku di neraka? Kenapa?! Amalan yang aku lakukan telah banyak! Tidak aku tidak akan percaya kata-kata kau! Siapa kau?!"  Azrai semakin beremosi menidakkan segala yang diperkatakan oleh suara jelmaan itu.

 Tetiba muncullah satu lembaga dilayar perak dihadapannya. Azrai terkaku melihat lembaga yang menyerupai dirinya.Lemabaga itu terbaring kaku di atas meja bedah. Dada lembaga itu terbuka luas. Azrai dapat melihat dengan jelas sel-sel darah putih dan sel-sel darah merah dalam badan lembaga itu bercampur-baur dengan cecair seperti arak, baunya tidak menyenangkan, busuk. Tangannya pula disaluti najis dan kelihatan berkarat serta ada cecair yang meloyakan mengalir daru duburnya. Apabila melihat kejadian ini Azrai menjerit "Apaa benda kah semuanya ini?! Kenapa aku keadaan begitu?!" 

"Tidak perlu aku jelaskan. Pastinya kau ketahui setiap perbuatan yang kau telah lakukan semasa di dunia. Makanan dan minuman yang haram kau telan. Tangan, muka, rambut dan kaki tidak pernah kau bersihkan dengan air sembahyang. Perbuatan baik kau hanyalah lakonan layar untuk kau dapatkan pujian semata-mata." Suara itu memberikan penjelasan.

"Tidak, tidak mungkin! Itu tak benar!" Azrai teriak sekuatnya dan menjauhi cahaya yang berada didepannya tetapi tidak boleh, tubuhnya tersekat seperti dikunci. "Kenapa?! Kenapa aku tak boleh bergerak?!" pertanyaannya dibiar sepi. Sejurus kemudian,  suatu suara lain yang sayu mencelah."Aku kasihankan kamu tetapi tiada daya aku mampu menolongmu. Kamu telah ditentukan menerima balasan setimpal dengan perbuatanmu.Seandainya kamu diberi peluang,hanya dirimu bisa membantumu. Taubatlah. Kembali ke pangkal jalan, jalan syurga, jalan Allah S.W.T . Kembalilah kau ke jalan yang benar. Kembalilah."

Tiba-tiba suara ghaib itu hilang. Azrai yang terpejam mata mencuba untuk membukanya. Kelihatan cahaya biru yang samar-samar. Makin dibuka matanya, makin cahaya itu menerangi sekelilingnya. Terlihatlah olehnya wajah-wajah yang kabur. Dikelipkan kelopak matanya sekali lagi dan dia membuka kelopak matanya, wajah-wajah yang tadi kabur kini menjadi jelas kelihatannya.

"Ibu!" Azrai menjerit. Ibunya menghampiri dan dia memeluk erat ibunya. Kini dia mengerti apakah kejadian tadi. Mimpi yang ngeri tapi menyucikan hati ini. "Alhamdulillah anakku, kau selamat menjalani pembedahan. Bersyukurlah pada tuhan ya nak." kata ibunya.

"Ibu, Azrai minta ampun dan maaf  tentang kesalahan Azrai ibu. Setiap apa yang Azrai lakukan dulu ibu, maafkan Azrai ya.." Azrai turut meminta maaf kepada ahli keluarganya yang lain. Tiada apa kata yang boleh lain mereka ucapkan ketika Azrai meminta maaf, hanyalah anggukan dan senyuman untuknya.Keluarga Azrai yang lain senang hati melihat perubahan dirinya dan mengucapkan syukur pada ilahi. Azrai ketahui dia telah dimaafkan oleh mereka. Selepas ini dia akan memohon taubat kepada penciptanya Allah S.W.T .

"Ya Allah Ya tuhanku, terima kasih aku ucapkan padamu kerana memberi hambamu ini peluang untuk taubat kepadamu.Mimpi itu bukan sekadar mimpi, aku bersyukur aku bermimpi. Mimpi itu mimpi ngeri menjadikan diri ini menginsafi segala yang lalu. Mimpi itu mimpi aku untuk mendapatkan syurga kalau tak keranamu memberi mimpi itu mungkin mimpi itu kenyataan suatu harii nanti. Terima kasih ya Allah. Ampunkanlah hambamu ini ya Allah." Azrai bermonolog.


Maaf, bukan ucapan sekadar kata,
dirasai jika luahnya dari jiwa,
ikhlas dilakukan tanpa terpaksa,
untuk kehidupan yang diredhai kemaafan dipinta,
sesama manusia,
mahupun dengan pencipta,
meminta maaf hari-hari kerana kita manusia,
kadang tak menyedari kesalahan yang tercipta.



DOA MOHON AMPUN

Rabbanaa zhalamnaa anfusana wainlam taghfirlanaa watarhamnaa lanakuunanna minal khaasiriin
Artinya: Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.
Keterangan
Doa tersebut terdapat dalam Al Qur’an surat Al A’raaf ayat 23. Doa yang pernah dibaca oleh Nabi Adam as beserta isterinya (Hawa) untuk memohon ampun kepada Allah atas segala dosa yang telah diperbuatnya,lantaran mengikuti hawa nafsu dan bujuk rayu Iblis yaitu untuk memakan buah khuldiyang semuanya itu telah dilarang dan diharamkan oleh Allah Swt.



 p/s : Kita manusia biasa yang sering melakukan salah kerana tak sempurna tetapi jangan kita melakukan salah dengan pegangan diri tak sempurna. Jadikan diri lebih sempurna dengan Solat, Zikrullah, perkara sunat, amalkan membaca Al-Quran, hadis dan sunnah jadikan peganggan.










kawan&sahabat
Saturday 18 October 2014 | 04:03 | 0 Love
Apa kau tahu pasal dan makna serta tingkah-laku diantara kawan & sahabat ? Ini pendapat akulah, bagi aku apa erti dua benda nilah. Bagi akulah, bagi korang aku taktahulah kan :)

Kawan ni aku kategorikan kawan sekelas, kawan tuisyen, kawan taman perumahan, kawan sekolah, ye lah kawan ni bukan tak penting, penting tau, aku care juga pasal kawan aku ni, aku lepak juga kawan aku ni, aku sayang juga, kalau jadi apa-apa aku tolong, aku sedih juga tapi perangai aku bila dengan diorang tak segila-gilanya, tak sebenar-benarnya aku tunjukan. Tapi tu tak bermakna aku boleh kutuk diorang ke apa, kalau aku kutuk tu bukan kawan, tu musuh aku hahaha. Kalau aku duduk dengan kawan, aku buat kerja dengan kawan aku tak terlalu memain, aku lebih serious dan fokus sebab aku tak terlalu biasa, kadang ada separuh kawan aku guna I&U, Awak&Saya, kadang guna nama, bagi aku yang kasar pelik lah, tapi tak semua kawan yang biasa guna kau&aku kann. Nak berkawan hulur kan salam tangan mesti bersih dengan wangi maksud urm macam kau kena selesa dengan dia, dia selesa dengan kau tu baru bolehlah berkawan kan, kalau tk selesa tak jadilah kawan.

Tapi kalau dah terlalu selesa ni aku panggil Sahabat. Kenapa sebab aku selesa sangat yang teramat, diorang yang aku gelar sahabat ni akan aku ibaratkan keluarga aku, adik-beradik aku, kakak, abang atau adik aku sendiri. Keselesaan bersama tu sangat selesa sampai bila kau kat rumah dia ke dia kat rumah kau ke kau selesa, sangat selesa. Kau share everything dengan dia, kau luahkan segalanya dengan dia, kejayaan dia kejayaan kau, sakit, sedih, gembira kongsi bersama tanpa ada rahsia. Keselesaan yang kau dapat ni memang dengan yang terpilih je, percayalah.  

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. Bila kau ada sahabat yang sentiasa mendoakan kau tu kau kena rasa beruntung, bersyukur, susah nak dapat sahabat sejati lagi-lagi zaman sekrang yang manusia selalu nampak kegembiraan.

Bagi aku,sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.Ya itulah sahabat sejati.Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan.

Aku ada juga baca yang dalam persahabatan ni ada hak-hak nya. Kat sini aku kongsikan sikit
hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini. Secara ringkasnya ialah;


1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.Tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.


2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat.Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya,bantulah dia dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan daripada kita.

 Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia. Dalam hal ini Allah taala ada berfirman:“Orang-orang mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat-sahabat kita.

 3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat,bahkan diperintah menutup aib org lain juga. Perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia supaya tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat-sahabat yang lain pula.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya” H.R Hakim.
 Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita-berita gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda: "Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya." H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula ialah saling nasihat-menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat-sahabat dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini,kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya agar selepas itu sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”

4) Hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat-sahabatmu”


 5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara-saudara sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.


Itulah serba sedikit yang aku fahami tentang sahabat. Banyak lagi tapi cukup lah kalau kita tunaikan hak ni dahulu kerna hak-hak ni pun tak mungkin kita mampu. Kawan ni bukan macam skate mula-mula digosok lepas itu dipijak, malah bukannya seperti futsal, mula-mula kejar dah dapat sepak. 

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T  ,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam. Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang-menyayangi,hormat-menghormati dan bantu-membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak-hak sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.

 “Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
Pegang tangan jalan beriringan,
Susah dan senang tabah berhadapan,
Nasihat dan teguran bertukaran,
Sahabat mahupun kawan,
Hargai bila didepan,
Jangan menyesal bila kehilangan.

Segala kesilapan mohon dimaafkan, sekadar perkongsian buat pendoman. 


puisi; sedarlah diri
| 02:52 | 0 Love
SEDARLAH DIRI ;

Harini aku sendiri,
Aku kenang perihal semalam kembali,
Aku juga masih bersendiri,
Manakan  pergi teman yang aku nanti?
Yang sentiasa di hati,
Tapi tak munculkan diri.


Esok aku hadapi lagi hari,
Ya tuhanku, aku masih sendiri,
Pergi belakang, depan dan tepi,
Tiada yang temani,
Aku memang sendiri.

Haha,
Aku ketawa sendiri,
Ketawakan diri,
Diri yang sepi,
Diri yang tiada sahabat mengiringi, 
Kini aku sedari,
Aku terlalu sunyi,
Diri sunyi tanpa menemani.

Segulung tikar aku bentangi,
Kiblat aku hadapi,
Sujud aku sendiri,
Sebak menimpa diri,
Kini aku sedari,
Bangun dari mimpi,
Hadapi realiti, 
Ada tuhan yang menemani,
Serta mendengar apakan aku luahi,
dan aku tangisi.


 Kini aku pelajari,
Tiada apa yang pasti,
Semua akan berubah diri,
Meninggali duniawi,
Tapi tuhanku selalu ada disini.


Setiap saat dan hari,
Mendengar menghulur bantuan untuk diri.

Wahai manusia sedarkanlah diri,
Tujuan kau disini,
Apa harus kau lakui,
Patuhi apa yang pasti,
Iaitu Al-Quran, Sunnah dan Hadis,
Yang dituruni bagi menerangi  diri serta hati,
Wahai manusia sedarlah diri.




Apa yang kau faham bila baca puisi ini? Aku cuma nak sampaikan;
 Kesunyian yang kau rasa sebabkan kau tak tenang. Apa yang tak tenang? Mestilah jiwa kau. Jiwa kau rasa sunyi. Kau rasa tak tenteram. Kenapa kau rasa macam tu? Oh ye betul, sebab iman. Kalau kau orang yang beriman kau takkan kata kau sunyi sebab tuhan sentiasa menemani. Kau rasa jiwa mati, sebab kau tak amalkan zikir, kau tak selawat atas nabi, tapi yang paling penting untuk tenangkan diri, solat 5 waktu tak tinggal dan dicepati. Bila kau ikut segala yang dituntuti tuhan kau dapat keredhaan Dia, hidup kau mesti tenang. Peganglah AlQuran dan Hadis serta Sunnah, InsyaAllah hidup kau sentiasa diterangi.


Lepastu kau rasa kawan yang kau sayang pergi dari kau, kau rasa dia tak pedulikan kau lagi tapi mungkin kau tak sedar sebab kau tak baik kawan kau pergi taknak kawan dengan kau, kau hilang semangat dan pendoman tapi bila kau dekatkan diri dengan tuhan, kau dapat balik kekuatan tu, kau berubah, kau jadi baik, kawan kau hadir balik, kau tahu keajaiban tuhan, takdir tuhan, pecaturan tuhan segalanya memang terlalu sempurna. Sedarlah diri kau tujuan kau kat dunia ni. Sedarlah dunia ni tak pasti tak kekal. Takpayah aku cakap semua tahu apa yang pasti apa yang patut tapi cuma apa? TAK SEDAR DIRI.



-n.urliah-
-aliahsabjan_-
-nuraliahsabjan-

Kisah kita.
Thursday 4 September 2014 | 04:53 | 0 Love
"Happy 6monthsary Mawar, aku harap kau dengan Aqil kekal lah ye. Cakap dengan Aqil jangan berani sakitkan hati kau kalau rasa takut nak makan siku aku. Hahaha."

"Eh kau ni Elya ada-ada je ek. Haha terima kasihlah, aku pun harap kitaorang kekal sampai ke anak cucu katak0 hahaha."

"Haha amboi anak cucu-cucu terus hehehe, eh okaylah aku kena tutup call aku ada kerja sikit ni, apa-apa hal wechat lah ek, okay bye lap u mai pwens hahha bye takecare.."  
klik. Telephone telah dimatikan belum sempat Mawar membalas percakapan kawan baiknya Elya Natasia. Nur Mawar Nalisa ini telah berkawan rapat dengan Elya Natasia sejak dari tingkatan 1, dan alhamdulillah persahabatan mereka kekal sehingga mereka telah masuk Universiti. Mereka berdua ni ada lagi 4orang sahabat iaitu Sakinah, Narina, Intan dan Liyana tapi mereka berempat ini berada di Universiti jauh dari Kuala Lumpur jadi jaranglah mereka berjumpa. Nak dipendekkan cerita si Mawar dengan Elyani je yang dapat Universiti yang sama.Kisah Mawar dan Muhd Syed Aqil Zamri ini telah pun bermula semenjak mereka di hari orientasi universiti mereka, si Aqil ni abang fasi. Apa yang terkejutnya bila Mawar dan Elya tahu si Aqil ni jadi diorang punya fasi kumpulan bagi bidang kedoktoran sebab Aqil pelajar tahun akhir bidang kedoktoran,  jadi masa orientasi tu lah peluang yang Aqil guna nak pikat si Mawar ni lagi-lagi dengan bantuan si Elya dengan kawan baik Aqil.Maka hari ini 4hb May 2014 telah genap mereka 6 bulan bersama sebagai pasangan kekasih.  

*cause all of me loves all of you love ur curves and..* klik panggilan itu telah di jawab oleh Mawar. 
"Hello,,.."

"Hi sayang, buat apa tu?" Aqil menyapa di talian.

"Umm takda apa pun.You buat apa? Rindulah umm.."

"Alolo rindu ya sayang? I pun rindu. Sayang jomm keluar? Have a saturdate on our 6monthsary?"   tanya Aqil kepada Mawar, layanan Aqil terhadap Mawar telah membuatkan ramai gadis lain di Universiti cemburu dengan mereka.

"Um sure, but nak pergi mana biy?"   tanya Mawar untuk membuat pilihan baju supaya kena dengan tempat yang nak dituju.

"I know sayang tanya mesti sebab nak pilih baju kan? Ahaha, sayang u should know you always look pretty even wear a sportsuits." Aqil memang sangat mengenali kesayangannya itu.

"Oh okay then i'll wear a sportsuits je lah. Okay?" 
"Hahaha, berani ke sayang nk pakai camtu? Hahah sayang pakailah baju yang i belikan haritu okay? I'll pick up you on 5:30 petang."

"But sekrang dah pukul 4! Urgh you memang selalu macam ni, huhh dah i nak siap bye." belum sempat Aqil membalas Mawar telah matikan talian. Disebabkn dia memang memerlukan masa yang lama untuk bersiap dia berasa geram dengan Aqil kerana bagi tahu last minutes.
Aqil tersenyum walaupun dia tahu kekasihnya itu sedang geram dengan dia. Sememangnya dia sengaja memberitahu last minutes untuk menyakat Mawar.

"Aih pelik betul orang perempuan ni nak bersiap pun nak ambil masa sejam hahah."Aqil mengomel sendirian lalu menyapai tualanya lalu ke bilik air.
*********************************************************

Jam 5:30 tepat Aqil telah pun sampai di kawasan hostel Mawar. Aqil mengambil telephonenya berjenama Iphone5s tu lalu mendail nombor Mawar.
"Hello babe, i kat bawah dah ni siap dah ke?"  tanya Aqil selepas panggilan di jawab.
"Yes,okay im coming, muahh. bye." Balas si Mawar.

**Tok tok** tingkap kereta Audi s8 Aqil diketuk oleh Mawar. Aqil menoleh dan membuka lock kereta untuk memberi puterinya itu masuk ke dalam. Aqil tersenyum melihat kecantikan Mawar dan sunggun waktu itu dia bersyukur kerana Mawar kekasihnya,sebelum ini perempuan yang menjadi kekasih Aqil semuanya tidak betudung dan Aqil tidak pernah sekali pun pernah mencintai mereka sepertimana dia mencintai Mawar.

Mawar pelik melihat Aqil yang tersenyum sendiri tetapi mata nya masih terarah di wajah Mawar. Mawar sudah panggil berkali tetapi tiada jawapan oleh Aqil, malah Mawar mengambil keputusan untuk memukul lengan Aqil.
**Pappp** 
 "Auwww! Sakitlah sayang!" kata Aqil sambil menggosok lengannya.

"Sakit? Alolo padan muka yang awak tu mengelamun je apasal? Mengelamun kan siapa ntah," kata Mawar sambil berpeluk tubuh.

"Mengelamunkan awak lah sayangku oi, dah jom lah." Aqil sempat mencuit hidung Mawar lalu ketawa. Aqil tidak layan Mawar yang sedang geram dengannya dia hanya ketawa dan meneruskan perjalanan mereka sahaja.

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Sampai sudah mereka di sebuah Restoran Cristtallo, Pacific Regency Hotel. Hotel ni terletak dekat tengah-tengah KL bersebelahan dengan KL Tower. Mereka masuk ke dalam hotel itu, manager hotel itu menyambut kedatangan mereka dengan senyuman dan menunjukkan tempat duduk mereka yang disudut yang agak privasi dan berdekatan dengan tingkap. Hotel ni tunjukkan view yang sama macam KL Tower tapi view kat KL Tower lagi syiok sebab lagi tinggi kann.

Suasana yang romantik itu membuatkan Mawar terasa sungguh terharu, selalunya mereka sambut monthsary mereka yang sebelum ini dengan menonton wayang sahaja. Aqil menarikkan kerusi untuk Mawar. Alunan muzik yang disediakan oleh pihak hotel sungguh mendamaikan. Kelihatan banyak pasangan couple di situ. Aqil mematikan lamunan Mawar dengan menegurnya. 

"Sayang? are you okay?" 

"Um yeah sure im okay, i thought we will celebrate at wayang biyy." Mawar bersuara dengan kekok kerana semua ini tidak di jangkakan olehnya.

"This is suprise for you my love." Aqil bersuara kdengaran sungguh romantik..

"Thank you so much but you know me right? If kita tk pergi tempat macam ni pun okay untuk I selagi kita bersama." Mawar bersuara seperti rasa serba salah kerana dia tidak mahu Aqil berfikir yang dia sama seperti perempuan yang hanya nampak pada kemewahan Aqil.
" No sayang, i know you okay even kita kat kedai mamak but you know this is my suprise for you because im really in love with you." Aqil tahu Mawar bukanlah seorang yang memandang pada harta kerana selama dia bersama Aqil tidak pun sekali dia meminta-minta pada Aqil seperti kenalan Aqil sebelum ini. 

"Haha okay, so now order lah I lapar ni. hehe" kata Mawar.

Aqil memanggil pelayan hotel supaya menghidang kerana Aqil sudahpun membuat order bagi mereka. Beberapa minit kemudian makanan terhidang, mereka menikmati makanan dan hari mereka dengan berbual-bual seperti biasa. 

Aqil yang dulunya seorang yang agak pendiam di kalangan teman baiknya yang nakal iaitu Aidiel dan Firdaus tetapi Aqil sememangnya seorang yang berlagak dan agak memilih dalam pergaulan. Mawar yang seorang banyak cakap tetapi pemalu itu telah melanggar Aqil ketika hari orientasi di jalankan membuatkan Aqil geram walaupun Mawar sudah meminta maaf.Bermula di hari itu Aqil sering menganggu Mawar dan berkasar dengan Mawar. Mawar juga selalu membalas kata-kata Aqil dengan ayat-ayat yang pedas sehinggalah suatu hari Aqil dan Mawar mengaku antara satu sama lain yang mereka sudah jatuh cinta sesama sendiri pada kawan-kawan baik mereka. Barula bermula operasi 'Ops cinta' yang di jalankan oleh Aidiel, Firdaus dan Elya. Separuh dari operasi mereka telah diketahui oleh Aqil, mereka ingatkan Aqil akan marah rupanya tidak, Aqil turut serta dengan operasi itu bagi menawan hati Mawar, dan akhirnya usaha mereka berjaya.Sememangnya genap 6bulan Aqil merancang untuk melamar Mawar sebab itulah dia membawa Mawar ke restoran ini.

Sedang mereka menikmati pencuci mulut, Aqil menyuarakan hasratnya..
"Mawar, umm.."

"Ye kenapa ni? tetiba panggil nama I haha," Mawar tahu ada sesuatu yang hendak di sampaikan oleh Aqil kerana tingkah laku Aqil itu telah menggambarkan.
"Do you really love me? Do you want spend your day, your life with me?"
 tanya Aqil sambil merenung ke dalam mata Mawar.
"Sure, sayang. Youre my everything."

"So kahwin nak tak sayang?" Aqil menyuarakan hasrat hatinya, dia tahu mungkin terlalu cepat tetapi dia tak sanggup kehilangan Mawar lagipun baginya benda yang elok kenapa tidak di percepatkan.
Mawar terkejut, tapi dia mengawal nya dengan tenang.
"But we're just 6months. How bout our parents and what we still study."

Aqil mengeluh kerana dia tahu itu jawapan yang akan diberikan. "Yes i know we're still study but I nak habis dah sayang.. I akan dapat kerja kat Hospital daddy I, i boleh tanggung you. and more, my parents dah setuju."

Mawar terdiam, ya dia tahu Aqil mampu dan Aqil sudah pun mahu tamat pembelajarannya tetapi dia berasa tidak selesa kerana perjalanannya jauh lagi.
"Give me time to think about it. Its too fast for me." Mawar menbalas dengan keresahan.

"I hope your decision is my gift on our monthsary." Aqil masih tersenyum walaupun kecewa dengan jawapan yang diberikan Mawar.

Setelah mereka habis makan, mereka pulang...

Sampai di depan hostel Mawar, Aqil mengeluarkan sekotak cincin untuk berikan pada Mawar.

"Sayang, this is for you. Apa pun keputusan you, i nak you pakai juga. I love you so much." kata Aqil.

Mawar mengambil huluran itu lalu mengucapkan terima kasih dan membalas kata cinta Aqil kepadanya.Mawar teruskan perjalanan menaiki bilik hostel, Aqil berlalu pergi.

Mawar termenung di katilnya memikirkan kehendak Aqil. Sememangnya dia mencintai Aqil tetapi wajarkah dia menerima lamaran itu secepat mungkin. Dia telah pun bertanyakan pendapat kawan baiknya Elya. Elya suruh dia menerimanya, kata Elya 'Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.' "hahaha" Mawar tergelak mengingatkan kawan baiknya itu yang sedang bercuti bersama keluarga di Singapura. Mawar mengeluh lalu bangun memadam lampu untuk tidur.

********************************************************************** 

2minggu berlalu, Mawar masih tidak lagi beri jawapan kepada Aqil dan segalanya berjalan seperti biasa. Elya juga telah pulang dari bercuti. Pagi rabu ini, Elya dan Mawar terasa pelik kerana selalunya akan ada si Aqil dengan teman baiknya datang menjemput mereka ke kampus tetapi hari ini hanya Aidiel dan Firdaus. Walaupun rasa hairan Elya masih lagi seperti biasa tetapi tidak Mawar, Mawar berasa lain.Mereka menuju ke kereta yang dipandu oleh Aidiel itu.

"Eh korang dua je ke? Aqil mana? Selalunya dari jauh aku nampak si Aqil punya gigi menyengih tunggu puteri dia ni. Hhaha." Elya bertanyakan kepada si Aidiel dan Firdaus. Aidiel hanya ketawa dengan pertanyaan Elya.

"Harini si Aqil tak gosok gigi tu yang tak menyengih menunggu korang. Hahaha." balas si Firdaus. Elya dan Aidiel gelak sakan, malah Mawar hanya tersenyum. 

"Dah lah jom pergi kampus." ajak Aidiel. 

Mereka pun berlalu untuk ke kampus..

Sampai di kampus mereka ke cafe seperti biasa untuk bersarapan. Elya dan yang lain berborak sakan tetapi Mawar hanya mendiamkan diri dan cuba menelefon Aqil tetapi Aqil tak jawab. Pesanan ringkas yang di hantar juga tidak berbalas. Elya perasan akan rubah riak wajah rakannya itu tapi dia hanya berdiam diri.

"Eh lusa hari konvo korang kan Aidiel?" tanya Elya.

Aidiel hanya menganggukkan kepala sahaja. Aidiel seolah menyimpan suatu rahsia daripada mereka. Sedangkan selama ini Aidiel lah yang paling banyak bercakap. 

**cause all of me loves all of you, loves ur ..** deringan handphone Mawar berbunyi, tertera di skrin handphone nama 'bae' yang diletakkan khas buat Aqil bermakna kesayanga. Mawar tersenyum lalu menajawab panggilan itu dengan hati yang gembira.

"Hi sayang.." sapa Mawar,,

"Urm, hi.. Mawar datang kat taman belakang kejap. I ada hal nak cakap dengan you." Balas Aqil dengan riak suara yang tidak bermelodi cinta.

"Sekarang eh? Okay jap i datang." balas Mawar dan Aqil mematikan panggilan. Mawar berasa hairan dan pelik serta tidak sedap hati tapi dia mengawalnya. 

 "Eh Elya, aku nak jumpa Aqil kejap kat taman belakang kejap. Ada hal." bagitahu Mawar kepada Elya. Elya menganggukkan kepala sahaja.

Sampai di taman itu Mawar melihat Aqil yang duduk sendirian itu dengan senyuman yang sangat gembira. Dia menyapa Aqil, Aqil tersenyum melihatnya lalu menyuruh Mawar duduk di bangku sebelahan dengannya. Mawar duduk menghadap Aqil dan tersenyum manis.

"Sarapan dah?" Aqil tanyakan Mawar. Aqil melihat wajah Mawar dengan pandangan yang lain lalu mata Aqil jatuh ke jari manis Mawar. Mawar memakai cincinnya tetapi tidak lagi memberitahu jawapannya sehingga hari ini. Sehingga Aqil terpaksa buat keputusan begini.

"Dah, hee you kenapa tak amik I pagi tadi sayang?" tanya Mawar yang masih keraguan.

"Good, em I bangun lewat. Sorry eh, em you actually i hv something to tell you.."

Mawar rasa pelik, berdebar dan takut. "What it is?"

"I'll marry.." Kata Aqil dengan lemah dan mengenggam tangan Mawar. "My mom ask to me marry with someone i love then you have reject me so my mom umm,.... ask me to marry dengan calon dia..."

Mawar terkejut, Mawar berasa seperti nak menangis di depan Aqil tetapi dia bertahan kerana tidak mahu tunjuk kelemahannya. Mawar tersenyum menahan sebak. Melepaskan genggaman tangan Aqil. Dia bangun dan menatap wajah Aqil untuk kesekian kalinya. Mawar berkata "Congrats, hope so you will be happy. Thanks for everything." Mawar berlalu pergi tinggalkan Aqil

Aqil sebak dengan semua ini tapi dia terpaksa."Maafkan Aqil,.. Mawar." Bisik Aqil sendirian. 
Mawar terus kembali ke hostel dengan menaiki teksi. Dia tidak hadir ke class pada haritu, dia berpesan pada Elya mengatakan pada pensyarah yang dia tidak sihat. Elya yang mendengar rasa simpati. Elya sudah pun tahu benda itu terjadi apabila Aidiel menceritakan kepadanya selepas Mawar pergi berjumpa Aqil. Dia terasa ingin memarahi Aqil tapi apa kan daya nya ini semua bukan kehendak Aqil.

///////////////////////////////////////////////////////


Hari graduasi bagi Aqil dan sahabatnya telah tiba, Elya dan Mawar menghadir kan diri bagi mengucapkan tahniah kepada senior-senior mereka termasuk juga Aqil, Aidiel dan Firdaus. Ramai keluarga yang hadir dan Elya ternampak keluarga Aqil,Aidiel dan Firdaus. Elya mengajak Mawar pergi.
"Kau pergilah Elya, Aqil punya keluarga kat situ jugalah.Lagipun cuba kau tengok perempuan yang dok pegang Aqil dari tadi tu, ntah-ntah bakal isterinya, tak sanggup aku." tolak Mawar.

"Kau ni biarkan jelah dia, kita datang sana nak ucapkan tahniah dan terima kasih, kan banyak jasa tiga ekor mamat ni kat kita. Jomlah, kau kena tunjuk kau kuat." Pujuk Elya.

Mawar mengeluh dan turutkan sahaja kehendak Elya. Mereka berjalan menuju ke Aqil dan kawan-kawannya.Elya menyapa mereka dan mulalah kekecohan borakkan antara Aidiel, Firdaus dan Elya. Mawar hanya berdiam diri selepas mengucapkan tahniah kepada mereka bertiga-tiga, malah Aqil juga hanya berdiam diri. Tidak lama itu Mawar mengajak Elya pulang dengan alasan ada kerja sedangkan Elya tahu, Mawar tidak mampu bertahan melihat kemesraan Aqil dengan perempuan yang mungkin bakal isterinya.


Sampai di hostel Mawar menangis sepuas-puasnya. Elya hanya mampu menyuruhnya bersabar.

"takkanlah mama dia suruh dia kahwin, aku tengok macam dia rela sangat dengan perempuan tu elyaa.huhuhuh" Mawar berkata sambil teresak-esak.

"sabarlah war, mana tahu tu sedara dia ke. janganlah tuduh melulu, lagipun kau memang kena move on, dia nak kahwin dah.." Elya memujuk.

"takpelah ya, aku anggap takda jodoh lah antara kitaorang." Mawar mengesat air matanya, menanggalkan cincin yang diberi Aqil lalu pergi mandi. Elya hanya mampu melihat sahaja perbuatan Mawar. Dia kesiankan kawannya tapi ini kehendak Aqil, dia turutkan sahaja.

********************************************************************

Sebulan berlalu, kini Mawar lebih tabah walaupun dia sering merindui Aqil.Perasaanya itu hanya di tahan demi kebaikan.Segala kenangan nya bersama Aqil di simpan cermat di dalam kotak ingatan. Cincin yang diberikan Aqil ketika 6 bulan mereka bersama di simpannya bersama hadiah lain yang di berikan Aqil. Dia tidak membuang tetapi menyimpan, simpan dengan cermat terlalu cermat untuk diingati sehingga akhir hayat. Telah disimpan segalanya di sebuah kotak, dia atas kotak itu ada satu kad bercoretan yang di tulis Mawar. 

"Andai kau bukannya terakhir, pasti ada yang akhiri hidupku,
Andainya jiwa ini masih merindui, doa senjataku menghilangkan rindu.
Suatu ketika namamu disebut, diingati,
Suatu nanti hanya di hati.
-muhd Syed AQil Zamri-


Mawar mengangkat kotak itu masuk ke dalam kereta abang nya untuk pulang ke rumah kerana cuti sem. Mawar akan menyimpan segalanya kenangannya bersama Aqil di rumahnya supaya dia boleh fokus dalam pembelajarannya di hostel. Mawar semakin yakin menghadapi dan melalui hari-harinya tanpa Aqil walaupun kekadan bayangan Aqil wujud di tempat yang Mawar tuju tapi dengan adanya kawan baik dia dan keluarga Mawar yakin yang dia mampu melenyapkannya untuk meneruskan perjalanan hidupnya mencapai cita-cita.

"cinta yang pertama tak semestinya yang terakhir,
 kalau dah ada jodoh takkan ke mana, takdir Ilahi terima seadanya."

{{n.urliah}}